Thursday, 10 July 2014

Info ayam PANUS

Assalam pada semua peminat ayam siam di malaysia ni, sebelum kita berbicara tentang tajuk yg utarakan ni....isu panus ni adalah revolusi baru arena ayam di malaysia yg abe Di bawakan, mungkin ramai yg tidak tahu setakat ni ramai penggemar ayam yg dah berumur pun bertanyakan tentang hal ni pada abe Di

Di sebalik usaha abe dalam membawa baka panus masuk ke arena kita ni, banyak dugaan yg abe perlu tempoh termasuk perbincangan serius dengan pihak farm bangkok kerana baka panus adalah baka rahsia yg di simpan oleh farm farm besar di bangkok..

PANUS ni adalah baka atau susur galur darah atau benih ayam yg telah di hasilkan sekian lama oleh pihak pengkaji ayam di thailand lebih tepat hanya di chonburi

Panus ni adalah baka lama yg di hasilkan dan baka inilah yg telah menaikkan nama thai di arena cock fighting dunia
Darah panus ini adalah benih yg terbaik suatu masa dulu, bijak dan berani...setelah mendapat satu benih kacukkan yg terbaik pihak farm tersebut mengeksplotasikan lagi baka tersebut dengan lebih meluas dengan campuran darah darah benih dari luar seperti saigon,pama burma,ganoi vietnam,shamo dan brazilian

PANUS adalah darah asal yg di tersimpan di daerah tanah raja atau kota raja di sekitar bangkok..PANUS 100% hanya boleh di dapati di chonburi bangkok sahaja manakala tempat selain itu abe kurang pasti samada betul atau salah ..

apa keistimewaan  BAKA PANUS ini sehinggakan ianya menjadi rahsia kepada farm yg ada di thailand??..satu persoalan yg timbul di benak pemikiran abe DI...

Panus ni dirahsiakan kerana teknik sabungan yg baik yg ada dlm dirinya..skill panus meliputi jalan tempur yg cantik dengan lock tekan kepala yg kemas,selam gerak ular dan timbul terus tembak belakang,kilas serong pukulan auna saraf otak yg bahaya dan lastik depan yg deras..boleh dikatakan ayam panus lengkap dengan ciri ayam jalan yg paling di geruni

Kalau dulu kita pernah dengar cerita dari teman teman yg pernah ke thai ingin membeli ibu ayam atau ayam betina dari pihak farm di thai  , mesti pihak farm tidak menjualnya malah ia lebih rela sembelih induk tersebut daripada terlepas ke tangan kita..dan sekarang timbul agenda baru iaitu induk di jual pula dengan harga yg agak murah..itu membuat golongan baru akan merasakan apa yg di katakakn oleh orang lama bahawa itu sebenarnya cerita lama sekarang tidak lagi

Sebetulnya ianya memang benar pihak farm di bangkok tidak akan menjual baka betina panus atau induk panus kepada sesiapa sahaja..dan yg kita boleh lihat sekarang jualan betina  adalah induk cross pama,  cross saigon dan lain 2 yg tidak sedikit pun ada darah panus..sbb darah atau baka panus hanya jantan sahaja akan di lepaskan,
Oleh yg demikian memang farm besar di thai masih lagi menyimpan senjata lamanya untuk di buat eksperimen bagi menghasilkan keluaran baka terbaru

PANUS mempunyai keistimewaan tersendiri, bg betina panus kelebihan ia menyerap benih dari pembaka...sebagai contoh ibu panus jalan lock di cross dengan pembaka hujung ketip bulu maka anaknya akan keluar dengan jalan lock, ketip bulu dan kaki yg tepat..manakala sekiranya induk panus lock dengan serong baik di cross dengan pembaka batang kaki tembak depan deras dan pukul belakang bermakna anak yg keluar pastinya mempunyai jalan lock,  serong,pukul belakang, tembak depan dan kaki deras...
Jadi kesimpulan yg abe ingin terangkan di sini ibu PANUS  ni dia bersifat multifunction dan fully transper bloodline..tidak seperti induk lain dimana ia tidak akan keluarkan keseluruhan skill yg ada pada pembaka dan juga induknya...tidak seperti induk panus sebagai contoh saja sekiranya pembaka ada 2skill dan induk ada 2skill bermakna kebanyakkan anak yg keluar akan menyerap habis keseluruhan 4 skill yg ada..

Baka panus juga sering di kategorikan ayam yg mempunyai buah magik yg sukar diduga, pandai membaca gerak lawan dan sukar untuk di tumbangkan kerana semangat juang yg tinggi

Oleh yg demikian beruntunglah sahabat semua sekiranya ada menyimpan induk panus asli dan harap anak yg keluar nanti boleh kita kongsikan bersama rakan bg meningkatkan lagi mutu ayam peliharaan kita nanti..

Oklah abe di nak keluar makan colek dulu..lepas sembahyang  terawih kena mngeteh kat kedai kopi dulu...

Abe selitkan beberapa contoh ayam panus yg abe di bawa turun dari bangkok

Tuesday, 8 July 2014

Echer lansuang baka hujung SOLD OUT

Ayam echer baka hujung dari lansuang..kaki rajin,deras dan tepat..ayam pukul body, ketip bulu kap dan depan yg cantik..

Baka hujung sambung ini berat 3.3kg..
Umur 12-13 bulan..harga rm450 siap pos

Ayam sembung tikam dan cepat..ayam import 100%

Berminat untuk di jadikan pembaka boleh call ABE DI  0102257440

Friday, 4 July 2014

Galeri jualan ayam import

Assalam kepada peminat blog ayam siam pokdek,..dalam bulan ramadhan yg penuh berkat dan hikmah ini...abe di ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah yg wajib kita jalani ini..ayam ayam juga tapi kewajipan kita sebagai manusia dan hamba pada yg esa tetap kena teruskan juga...

Di sini abe di nak masukkan sedikit sebanyak ayam baru,  pihak farm di bangkok memberi kepercayaan kepada abe di skali lagi untuk menjual ayam baka dari breeder farm dia di bangkok memandangkan abe tak pernah buat hal atau menjalankan sebarang aktiviti penipuan dalam jualan. .

Ayam yang abe di bawa turun ni adalah dari golongan kelas pertengahan iaitu prime class memandangkan sahabat kita semua pun bukan semuanya mempunyai bajet yg besar untuk seekor ayam..

Walaupun kelas sedemikian dari segi teknik dan bangsa abe di rasa ianya jauh lebih elok berbanding baka local yg harga setaraf dengan nya..

Harga siap pos rm900-rm1000 ayam kebanyakkan sudah hampir keras dan berumur 9-11bulan

Pada yg berminat bolehlah hubungi abe di 0102257440 atau boleh tengok video sparring di facebook Abe Di. ...

harap rakan yg ingin membeli janganlah bgtau tujuan anda sbb abe di tak nak terlibat dengan judi, kalau nak tahu permainan atau bangsa boleh tanya abe kalau nak tanya pasal judi memang abe di tak layan

Baka datang dari chonburi bangkok dari farm bankao farm...from mr.anuroot

Tuesday, 24 June 2014

Gabungan induk hebat

Assalam..pada semua penggemar ayam thai..abe ingin menarik perhatian semua untuk melihat barisan induk yg abe gabungkan dengan pembaka royal abe di reban....Kesemua induk ini di pilih dari keturunan yg baik di bawakan khas dari 3buah farm yg agak terkenal di bangkok..kesemua induk ini mempunyai kelas tersendiri iaitu prime class,gold class dan royal class..bermakna anaknya pula abe akan jual mengikut kelas tersebut..

Pelbagai bangsa, pelbagai gaya dan pelbagai rupa....Ada bangsa dari golongan pama,pama cross,pakoy,panus,saigon,ganoi,burma kai dan crossing blood 2D,3D,4D dan random mix

Manakala gaya permainan kesemuanya berbeza ada superlock, control head lock,reverse,IQ,Hibrid,Kap, body hit(pukul badan),crossing hit(serong),back side hit(pukul blakang),muscle and joint attack(sendi),terbang atau flying attack,straight hit tembak depan..manakala yg paling di takuti senjata yg ada pada kesemua baka induk ini adalah kaki bisa,deras,kipas dan karen...

Berbeza dengan rupa kesemua nya rupa berlainan dan variasi colour yg pelbagai..dan abe anggarkan anaknya bila besar mengeluarkan colour yg sukar diduga..

Abe pun terpaksa simpan beberapa anak jantan untuk lihat dikala ianya besar,kerana sebelum ni tidak sempat..keluar anak habis jual hanya dapat lihat photo saja dari teman teman yg beli sewaktu kecil..rasa tak puas hati.

Tapi abe berterima kasih banyak pada semua teman dan rakan baru aBe sbb sporting kebanyakkan yg beli di sini adalah golongan yg suka melihat kecantikkan dan ketangkasan aduan bukan tahi judi...terima kasih semua abe suka sgt feed back dari semua..

Mungkin ada juga yg buat masuk bon tapi tidak ramai..kebanyyakan suka beradu sesama rakan namun di sebabkan sekarang anak muda lebih berdikari dan pandai cari duit sendiri so citarasa lebih tinggi...

Sanggup beli ayam mahal asalkan ianya menepati citarasa internasional masing masing..

Tidak terkecuali golongan profesional bahkan yg ada gelaran dato' Dr,prof juga pernah beli ayam di sini semata mata untuk hiaskan ruang laman dengan pahlawan yg menawan dan bisa...

Insyallah abe akan ushakan yg terbaik dengan niat untuk dapatkan baka yg terbaik untuk rakan rakan semua..

Jauhi judi, hargai kecantikan Ayam kita dan bukalah mata hati melihat kejantanannya..

Terima kasih dari abe di

Facebook Abe Di

Tuesday, 17 June 2014

Pembaka royal class 2014

Assalam..selamat menyambut ramadhan..sebelum ni pasti ramai kawan2 tertanya mana baka2 yg kuat dari abe di,hanya tolong import ayam dan pembaka main sapu saja..hahahaha..seperti bak kata org lama" bila kita jual ayam , mestilah pembaka ayam kita lebih baik dari ayam yg kita jual..dan yg pasti anak pula mesti lebih tinggi bangsanya"...puasa telah hampir dan time ni lah paling sesuai abe nak pesumkan baka..di sini abe nak kongsikan pembaka hebat dengan kelas royal pada kawan kawan..

Ada 3 pembaka royal di perturunkan bg mengharapkan rezki Allah agar anaknya lebih hebat dari bapaknya..

Buat masa akan datang abe akan kelaskan 2 kategori iaitu baka import A iaitu royal dan baka import B iaitu Prime

Baka import ROYAL A adalah kacukan antara bapak import 1-3x pengalamn menjuarai perlawanan di bangkok dengan pertaruhan yg tinggi di pesum dengan ibu2 bangkok yg sealiran darah dari baka yg pernah menjuarai perlawanan besar di bangkok

Manakala baka import Prime B adalah dari dari pembaka bapak yg pernah menjuarai 1-3x perlawanan di mana2 kawasan dalam thai di pesum dengan ibu yang telah di kacukkan darahnya dengan baka local...

Kelas kelas ayam di thailand ada beza..bermula dengan kelas paling rendah iaitu ECONOMY CLASS selalunya untuk perlawanan paling rendah atau bon sekitar kampung,

PRIME CLASS adalah kelas pertengahan iaitu perlawanan di sekitar bon di daerah sebagai contoh ayam yg menang di kampung akan di bawan berlawan di bon daerah

GOLD CLASS adalah kelas lebih tinggi nilai perlawanannya..sebagai contoh kelas perlawanan antara daerah daerah bertembung dengan juara2 kawasan lain lain..atau tokey farm

ROYAL CLASS adalah paling ramai yg merebut untuk duduk di peringlat ini..selalunya royal class adalah bangsa dan baka atau ayam yg berlawan di peringkat yg lebih tinggi..sebagai contoh ayam tokey tokey farm di mana pernah memenangi perlawanan di peringkat bawah..dan kelas ini juga harga ayam boleh mencecah ribuan ringgit..dan seterusnya adalah kelas platinum

PLATINUM CLASS selalunya sukar di miliki di sebabkan harga yg terlalu tinggi, dan perlawanan yg telah di lalui adalah jutaan bath. ..ayam ini sukar di lepaskan oleh tokey farm di thai kerana ia menganggap ayam tersebut memberi tuah buatnya..

Sunday, 15 June 2014

Ayam bangkok SOLD OUT ALL

Assalam pada semua rakan..di sini abe nak cuba untuk melebarkan sayap perniagaan dan hobi abe untuk di kongsi bersama...setelah beberapa kali abe ke bangkok dan tauke farm bankao telah memberi kepercayaan kepada abe..setelah perbincangan di buat, abe dan mr.anuroot dari farm bankao bangkok ingin mencuba pasaran ayam 100% baka dari farmnya untuk dijual di pasaran abe di malaysia..di sini abe ingin mencuba untuk membuka jualan 2 jenis bangsa dengan harga mampu milik iaitu kelas ekonomi rm650siap pos, ini adalah harga pengenalan untuk penggemar ayam bangkok mencuba baka dari farm ini...dan bangsa ke dua iaitu Prime class rm900&rm950 seekor dengan skill dan pukulan lebih hebat...abe ingin mengajak rakan untuk mencuba baka farm ini,telah beberapa kali abe cuba untuk mengklasifikasikan baka ini..memang benar berbaloi..kelas ekomominya terbukti mampu bersaing dengan baka kelas tinggi di negara kita. .manakala baka prime terbukti sukar untuk di kalahkan..

Boleh cuba, pasti puas hati...0102257440 abe di atau boleh add facebook 'Abe Di ' untuk melihat video2 hebat kelas prime dan ekonomi atau cari akaun facebook abe melalui alamat email rebanpokdek@gmail.com

Tuesday, 3 June 2014

Induk untuk di jual SOLD OUT ALL

Induk blood line sama kelas pertengahan mampu milik dan mengeluarkan anak2 yg mempunyai kelas tersendiri...baka makoy kaki rajin ini  amat sesuai untuk di jadikan induk..umur sekali telur. ..berminat call abe di. ..stok terhad. .rm380 siap pos 0102257440