Thursday, 10 July 2014

Info ayam PANUS

Assalam pada semua peminat ayam siam di malaysia ni, sebelum kita berbicara tentang tajuk yg utarakan ni....isu panus ni adalah revolusi baru arena ayam di malaysia yg abe Di bawakan, mungkin ramai yg tidak tahu setakat ni ramai penggemar ayam yg dah berumur pun bertanyakan tentang hal ni pada abe Di

Di sebalik usaha abe dalam membawa baka panus masuk ke arena kita ni, banyak dugaan yg abe perlu tempoh termasuk perbincangan serius dengan pihak farm bangkok kerana baka panus adalah baka rahsia yg di simpan oleh farm farm besar di bangkok..

PANUS ni adalah baka atau susur galur darah atau benih ayam yg telah di hasilkan sekian lama oleh pihak pengkaji ayam di thailand lebih tepat hanya di chonburi

Panus ni adalah baka lama yg di hasilkan dan baka inilah yg telah menaikkan nama thai di arena cock fighting dunia
Darah panus ini adalah benih yg terbaik suatu masa dulu, bijak dan berani...setelah mendapat satu benih kacukkan yg terbaik pihak farm tersebut mengeksplotasikan lagi baka tersebut dengan lebih meluas dengan campuran darah darah benih dari luar seperti saigon,pama burma,ganoi vietnam,shamo dan brazilian

PANUS adalah darah asal yg di tersimpan di daerah tanah raja atau kota raja di sekitar bangkok..PANUS 100% hanya boleh di dapati di chonburi bangkok sahaja manakala tempat selain itu abe kurang pasti samada betul atau salah ..

apa keistimewaan  BAKA PANUS ini sehinggakan ianya menjadi rahsia kepada farm yg ada di thailand??..satu persoalan yg timbul di benak pemikiran abe DI...

Panus ni dirahsiakan kerana teknik sabungan yg baik yg ada dlm dirinya..skill panus meliputi jalan tempur yg cantik dengan lock tekan kepala yg kemas,selam gerak ular dan timbul terus tembak belakang,kilas serong pukulan auna saraf otak yg bahaya dan lastik depan yg deras..boleh dikatakan ayam panus lengkap dengan ciri ayam jalan yg paling di geruni

Kalau dulu kita pernah dengar cerita dari teman teman yg pernah ke thai ingin membeli ibu ayam atau ayam betina dari pihak farm di thai  , mesti pihak farm tidak menjualnya malah ia lebih rela sembelih induk tersebut daripada terlepas ke tangan kita..dan sekarang timbul agenda baru iaitu induk di jual pula dengan harga yg agak murah..itu membuat golongan baru akan merasakan apa yg di katakakn oleh orang lama bahawa itu sebenarnya cerita lama sekarang tidak lagi

Sebetulnya ianya memang benar pihak farm di bangkok tidak akan menjual baka betina panus atau induk panus kepada sesiapa sahaja..dan yg kita boleh lihat sekarang jualan betina  adalah induk cross pama,  cross saigon dan lain 2 yg tidak sedikit pun ada darah panus..sbb darah atau baka panus hanya jantan sahaja akan di lepaskan,
Oleh yg demikian memang farm besar di thai masih lagi menyimpan senjata lamanya untuk di buat eksperimen bagi menghasilkan keluaran baka terbaru

PANUS mempunyai keistimewaan tersendiri, bg betina panus kelebihan ia menyerap benih dari pembaka...sebagai contoh ibu panus jalan lock di cross dengan pembaka hujung ketip bulu maka anaknya akan keluar dengan jalan lock, ketip bulu dan kaki yg tepat..manakala sekiranya induk panus lock dengan serong baik di cross dengan pembaka batang kaki tembak depan deras dan pukul belakang bermakna anak yg keluar pastinya mempunyai jalan lock,  serong,pukul belakang, tembak depan dan kaki deras...
Jadi kesimpulan yg abe ingin terangkan di sini ibu PANUS  ni dia bersifat multifunction dan fully transper bloodline..tidak seperti induk lain dimana ia tidak akan keluarkan keseluruhan skill yg ada pada pembaka dan juga induknya...tidak seperti induk panus sebagai contoh saja sekiranya pembaka ada 2skill dan induk ada 2skill bermakna kebanyakkan anak yg keluar akan menyerap habis keseluruhan 4 skill yg ada..

Baka panus juga sering di kategorikan ayam yg mempunyai buah magik yg sukar diduga, pandai membaca gerak lawan dan sukar untuk di tumbangkan kerana semangat juang yg tinggi

Oleh yg demikian beruntunglah sahabat semua sekiranya ada menyimpan induk panus asli dan harap anak yg keluar nanti boleh kita kongsikan bersama rakan bg meningkatkan lagi mutu ayam peliharaan kita nanti..

Oklah abe di nak keluar makan colek dulu..lepas sembahyang  terawih kena mngeteh kat kedai kopi dulu...

Abe selitkan beberapa contoh ayam panus yg abe di bawa turun dari bangkok

14 comments: