Tuesday 24 June 2014

Gabungan induk hebat

Assalam..pada semua penggemar ayam thai..abe ingin menarik perhatian semua untuk melihat barisan induk yg abe gabungkan dengan pembaka royal abe di reban....Kesemua induk ini di pilih dari keturunan yg baik di bawakan khas dari 3buah farm yg agak terkenal di bangkok..kesemua induk ini mempunyai kelas tersendiri iaitu prime class,gold class dan royal class..bermakna anaknya pula abe akan jual mengikut kelas tersebut..

Pelbagai bangsa, pelbagai gaya dan pelbagai rupa....Ada bangsa dari golongan pama,pama cross,pakoy,panus,saigon,ganoi,burma kai dan crossing blood 2D,3D,4D dan random mix

Manakala gaya permainan kesemuanya berbeza ada superlock, control head lock,reverse,IQ,Hibrid,Kap, body hit(pukul badan),crossing hit(serong),back side hit(pukul blakang),muscle and joint attack(sendi),terbang atau flying attack,straight hit tembak depan..manakala yg paling di takuti senjata yg ada pada kesemua baka induk ini adalah kaki bisa,deras,kipas dan karen...

Berbeza dengan rupa kesemua nya rupa berlainan dan variasi colour yg pelbagai..dan abe anggarkan anaknya bila besar mengeluarkan colour yg sukar diduga..

Abe pun terpaksa simpan beberapa anak jantan untuk lihat dikala ianya besar,kerana sebelum ni tidak sempat..keluar anak habis jual hanya dapat lihat photo saja dari teman teman yg beli sewaktu kecil..rasa tak puas hati.

Tapi abe berterima kasih banyak pada semua teman dan rakan baru aBe sbb sporting kebanyakkan yg beli di sini adalah golongan yg suka melihat kecantikkan dan ketangkasan aduan bukan tahi judi...terima kasih semua abe suka sgt feed back dari semua..

Mungkin ada juga yg buat masuk bon tapi tidak ramai..kebanyyakan suka beradu sesama rakan namun di sebabkan sekarang anak muda lebih berdikari dan pandai cari duit sendiri so citarasa lebih tinggi...

Sanggup beli ayam mahal asalkan ianya menepati citarasa internasional masing masing..

Tidak terkecuali golongan profesional bahkan yg ada gelaran dato' Dr,prof juga pernah beli ayam di sini semata mata untuk hiaskan ruang laman dengan pahlawan yg menawan dan bisa...

Insyallah abe akan ushakan yg terbaik dengan niat untuk dapatkan baka yg terbaik untuk rakan rakan semua..

Jauhi judi, hargai kecantikan Ayam kita dan bukalah mata hati melihat kejantanannya..

Terima kasih dari abe di

Facebook Abe Di

No comments:

Post a Comment