Tuesday, 7 April 2015

GALERI JUALAN KOD VT1 SOLD OUT

SOLD OUT/DAH JUAL

Panus Saigon vietnam
Kod VT1(High gold class)

Ayam berbangsa tinggi dengan kacukan ibu panus iQ dengan bapak saigon vietnam 100%..skill permainan depan dan serong yg berat dan deras,ada kilas patah dan selam pukul belakang saraf kepala..
Ayam dari lot breeder yg mempunyai nama di chonburi dan tidak mustahil bakanya juga tidak risau untuk abe di bawa masuk untuk melangkah kaki ke arena dalam malaysia..
Ayam macam ni jarang abe di bawa masuk kerana jarang sekali dapat..

Harga rm2100
Lot breeder chonburi

GALERI JUALAN KOD PP8 & PP9 SOLD OUT

SOLD OUT/DAH JUAL

Panus 100
Kod PP8 (gold class)
Ayam jalan dengan pukulan yg deras,khap body,pukul ketik body keliling..permainan rentak ala pakoy dengan jalan yg agak laju membuat gu mudah keliru..

Harga rm1500
Dari breeder lot suphanburi bangkok
Daerah yg awalnya wujud ayam pakoy
__________________________________________

SOLD OUT /DAH JUAL

Panus 100
Kod PP9 (gold class)
Ayam berbangsa tinggi datang dari group PP8 juga dengan permaianan ala pakoy yg sama mempunyai kaki yg deras dan rajin..pukul keliling dan ketip body keliling..rentak pukul rapat membuat lawan susah untuk lock ..

Harga rm1500
Dari breeder lot suphanburi bangkok

Sunday, 5 April 2015

KEPUTUSAN PERTEMBUNGAN 2 KELAB GERGASI BANGKOK GAME 10,100,000BATH

Assalam dan selamat semua...
Hari ni 5 april 2015 adalah tarikh yg agak penting dan memberi sejarah buat kedua dua kelab gergasi di bangkok ini...

Abe di juga begitu sibuk hari ni berusaha mendapat video2 secara lansung game tersebut dari teman2 fb di bangkok yg menghadiri game tersebut..sepertibyg di jangkakan nilai betting game berubah dari 8.1juta kepada 10.1juta bath..heheh hebat

Kepada rakan yg ingin melihat game tersebut bolehlah buka di fb page abe di..ada keratan video dari awal perlawanan sehingga ke akhir perlawanan..

Kalau lihat kepada corak perlawanan hari ni agak begitu sengit kerana pada round 1-4 adalah pusingan yg penuh dengan corak dan skill berbeza ....ini membuktikan kedua dua ayam ini mempunyai skill tersembunyi..permainan kalau sekali imbas seperti pama burma di awal perlawanan berubah kepada pama lau dan seterusnya berubah kepda jalan kilas dan pukol serong...

Ini dari sudut pemerhatian abe di, ayam ni mempunyai skill lebih dari 5 skill kerana masuk round ke 4 ke atas ayam telah bertukar kepada permainan ala tembak depan dan pukul muka namun dalam waktu yg sama timbul skill lain dengan teknik pukulan serong dan kilas masuk pukil belakang..hahahah...inilah yg abe di kata " ayam berbangsa tinggi mempunyai rahsia skill yg sukar di duga"info dari sumber kedua ayam ni dari PANUS LINE yg di kacuk dengan burma ..

Permainan hari ni berlansung selama hampir 7jam dengan perjanjian 7 pusingan (7air) dan setiap round selama 25 minit....panjang kan???

Syarat lain juga iaitu tidak boleh menggunakan sebarang unat berasaskan steroid atau penggunaan dadah tahan sakit...

Dengan kapasiti penonton hampir 7000 mengelilingi gelanggang dan 10,000 melayan game secara lansung melalui paparan skrin

Kalau melihat dari kehandalan memang kelab ARNAB mempunyai skill yg baik , kalau tidak kerana ayam Kelab NAGA mempunyai bangsa yg begitu tinggi dengan hati yg tetap pasti ARNAB dah boleh menang awal..

Nasib duka untuk kelad arnab telah tertulis dimana selama 7pusingan bertarung..di mana ayam NAGA telahpun dalam keadaan separa sedar namun hati yg kuat menyebabkan ianya bertahan sehingga kehujung air ke 7...

"" Tinggal masa 10 saat dalam round ke7 ayam dari kelab naga telah mengubah langkah untuk lari ...""" pihak kelab arnab dah versorak untuk merangkul kemenangan kedua ,tapi pukulan panglima arnab tak dapat menghalau ayam kelab NAGA...

Tinggal lagi 2 saat terakhir ayam dari kelab NAGA dah memulakan langkah "LARI" dan tidak mahu gu dan pihak refree mengangkat untuk meletakkan di kedudukan permulaan namun masa telah cukup 25minit untuk round ke7

Keputusan yg penuh kontroversi ini membuatkan kelab Arnab tidak berpuas hati..

KEPUTUSAN GAME TELAH DI BUAT
BAHAWA KEPUTUSAN SERI(DRAW) TELAH DI NOBATKAN KERANA AYAM TIDAK LARI DALAM WAKTU 25MINIT...

Itulah yg berlaku pada game hari ni..apapun abe di rasa game hari ni memang hebat..insyallah baka kedua dua ayam ni abe di akan ushakan untuk jualan dalam malaysia...

Boleh layari fb "" Malaya Farm "" untuk melihat video game tersebut

Pertukaran nama ID facebook

Assalam pada semua sahabat...di sini abe di nak maklumkan bahawa akaun facebook abe di yg bernama " Abe Di" telahpun abe di tukar nama kepada "Malaya Farm" ini kerana terlalu ramai yg mempunyai nama seakan sama dengan Abe di sekaligus membuat rakan2 abe keliru..oleh itu be di ambil langkah win to win situation bagi mengelak berlakunya penyelewengan dalam urusan berkaitan ayam akan berlaku...Jadi abe di harap pihak semua sedia maklum dengan pertukaran yg abe di buat ni..sekian terima kasih

Wednesday, 1 April 2015

PERTEMBUNGAN 2 GERGASI BANGKOK

5 april 2015 akan ada satu pertembungan sengit dalam arena bonkai di bangkok..dimana sebelum ni kedua gabungan persatuan atau pasukan ni telahpun berlawan yg sebelum ni abe kelaskan nama THE BIG GAME...pada game sebelum ini penaja pasukan NAGA EMAS bertemu penaja pasukan JERUNG menggunakan ayam yang sama... dan dalam perlawanan tersebut pihak JERUNG telah menang tipis hujung air sekaligus membawa kemenangan wang 6,600,000bath beserta trophy yg di hadiahkan oleh datuk bandar bangkok..

Mungkin di sebabkan rasa tidak puas hati dan juga perasaan ianya di ibaratkan menang nasib jadi pihak NAGA EMAS mencabar sekali lagi untuk game yg lebih besar nilai taruhannya menggunakan ayam yang sama..iaitu 8,100,000bath namun masih ada desus desas mengatakan bahawa ianya akan meningkat ke paras 14,000,000 bath

Pada permulaan ketetapan tarikh pada 1 april 2015 namun pihak JERUNG belum cukup penaja untuk menaja perlawanannya namun setelah berbincang dengan beberapa syarikat besar di bangkok ada satu penaja yg ingin di kenali sebagai ARNAB EMAS bersetuju menyahut perlawanan tersebut di mana tarikh di persetujui adalah 5/4/58 atau 5 april 2015 ...

Abe di jangkakan perlawanan ini agak menarik ..kalau di lihat dari latar belakang pemilik kedua belah pihak ini juga hebat2 belaka manakala ayam tersebut juga memang baik dan kaki bisa...

Keduanya dari keluarga Panus line yg di anggap sebagai pembawa tuah masing2..bagi peminat yg berada di sg.golok rasanya pasti berpeluang menyaksikan perlawanan ini secara lansung..manakala bagi peminat abe di insyallah sekiranya pihak member abe di di bangkok kirimkan video tu pada abe di pasti abe akan share kan pada rakan untuk turut sama melihat bagaiman ayam jutaan berlawan..

Cuma satu saja kezimpulan yg abe nak simpulkan di sini adalah " bila kaki sama bisa hanya baka penentu segala"...

Kalau di bangkok thailand ramai pembeli membeli ayam melalui baka  bukan rupa...manakala di tempat kita ramai yg beli rupa bukan bakanya...

Itulah sebab bila kita adu berat , kalau ayam baka dan bangsa rendah pasti terlahirlah taman di dalam hatinya...yg boleh membunuh kariernya...

" Nak bela ayam baik..biar dari baka yg baik bukan rupa yg baik...selalunya ayam baka yg baik mempunyai rupa yang baik....

Tuesday, 24 March 2015

GALERI JUALAN KOD PP6 SOLD OUT

SOLD OUT /DAH JUAL

Panus Saigon
Kod PP6 (gold class)
Berat 3.0-3.2kg

Ayam berbangsa tinggi dengan pukulan kaki deras serong dan pukul pangkal bahu..ayam ada kap body dan pukul belakang ekor..dari bangsa keturunan yg baik dan ada nama di bangkok

Berminat boleh hubungi abe di
Harga RM1400(siap pos semenanjung)
Lot breeder Suphanburi

GALERI JUALAN KOD PP5 SOLD OUT

SOLD OUT/DAH JUAL

Panus Saigon
Kod PP5(gold class)
Berat 3.0-3.2kg

Ayam berbangsa tinggi dari farm pakoy yg gah di bangkok..pukulan kaki depan , serong dan belakang yg deras..ayam lock  dan antilock juga mempunyai skill kap body..pukulan kaki berat dengan buah halau penamat..

Rm1500
Lot breeder Nakhon Sawan

GALERI JUALAN WTK 1x win SOLD OUT

SOLD OUT

Panus 100
Kod WTK1 (1x win)
Berat 3.1kg

Ayam berbangsa tinggi dengan rekod kemenangan 1x di bangkok cukup untuk membuktikan ayam dari benih 100% OLAN FARM (oran farm) ini mampu mematahkan lawan hanya dengan 2 air di bonkai dlm daerah di bangkok..permainan gerak selam ,lock,pukulan kemas dan deras dengan skill serong dan pukul belakang.
Rupa seindah bakanya..

Rm 2200
Lot breeder sukhonthai

GALERI JUALAN KOD TK1 SOLD OUT

SOLD OUT

Panus Burma iQ
Kod TK1(gold class)
berat 2.9kg

Ayam berbangsa tinggi dengan kaki depan dan serong yg deras
Ayam ada mralow pusing bon..baka yg di akui gah di arena bangkok...ayam iq yg tinggi dengan gerak bacaan lawan dan antilock

Rm1400 siap pos semenanjung
Lot breeder Sukhon Thai
__________________________________________

Monday, 9 March 2015

GALERY JUALAN IMPORT KOD PP1,PP2,PP3 SOLD OUT

Assalam pada semua peminat ayam abe di..tahun 2015 adalah tahun peralihan baka import baru..

Baka terbaru abe di import dari 3 buah farm di bangkok..farm yg masing 2 mempunyai nama yg kuat di arena sabung di bangkok..dan nama nya sentiasa ada di bubir majalah..namun abe di tak boleh nyatakan di sini bagi mengelak dari CROSS LINE ..so harap penggemar boleh menilai s3ndiri apabila memilikinya..
__________________________________________

Sold out/dah jual

Panus line(saigon)
Kod PP1(gold class)
Berat 3.0-3.2kg
Lot breeder bangkok(nakhon sawan)

Ayam jalan baik..pukulan telinga, serong dan kap body juga bahu..apabila tersepit ayam ni akan control lock atas juga pukul body belakang..

Harga rm1400(harga pembukaan)
__________________________________________

Sold out/dah jual

Panus line(saigon )
Kod PP2 (gold class)
Lot breeder suphanburi

Ayam control lock dengan pukulan kilas patah dan gunting depan..permainan laju antilock dengan kap body juga bahu..
Ayam berbangsa tinggi

Harga rm1500(harga pembukaan)
__________________________________________

Sold out/dah jual

Panus line(pakoy)
Kod PP3(gold class)
Berat 2.9-3.1kg
Lot breeder suphanburi bangkok

Ayam berbangsa tinggi dari tanah kelahiran pakoy paling top di thai..
Pukulan kaki rajin dan deras,permainan laju dengan kap body juga bahu,juga s4lam timbul pukul belakang saraf kepala

Harga rm1400(harga pembukaan)

Friday, 6 March 2015

IMPORT PRODUK BARU DARI FARM

Assalam semua...kebelakangan ni abe di sibuk sangat hingga tak sempat nak updat status di blog..kalau sapa ada fb mungkin lebih cepat dapat info...

Kisah hari ni berbeza sedikit kerana abe di ingin cerita tentang pertukaran baka import di bangkok...kalau sebelum ni abe di ambik ayam dari farm bankao farm namun sekarang tidak lagi

Bukannya ayam dari sana tidak baik ,tetapi di sana kehabisan stok ayam dan terpaksa mengambil stok lain sebagai tambahan dari nakhon sawan jadi apabila berlaku pertukaran stok perjalanan skill akan berubah..

Dalam waktu menunggu pemilik farm iaitu mr.anuroot menguruskan pengambilan stok baru , abe di telah berjumpa berbual dengan pemilik farm yg sebelum ni telah menarik perhatian abe di tentang skill dan back ground ayam nya..."pucuk di cita ulam mendatang"itu lah perkataan yg boleh abe di umpama kan..
Dalam waktu yg sama juga duit malaysia jatuh tersungkur jadi dalam waktu rest tu abe di berborak dengan pemilik sebuah lagi farm yg agak besar dan lebih berpengaruh..Abe di berterus terang padanya yg pasaran ayam di malaysia tak sama dengan di thai dan nilai taruhan pun tak tinggi jadi dlm bacaan abe di bahawa ramai yg lebih berseronok dalam melayan aduan ayam tersebut berbanding taruhan..

Pemilik farm yg pernah menggegar dunia ayam bangkok pada tahun sebelum ni dengan rankin betting tinggi 13,000,000 bath tersenyum mendengar coretan abe ..dengan lembut dia bagitau abe di bahawa dia ready untuk bantu abe di mendapatkan bekalan ayam berkualiti darinya jadi abe di rasa amat teruja dan terharu..dan dia juga bgtau abe di bahawa kawan2 dia dari farm kecil cawangannya pernah bgtau padanya ayam nya boleh keluar untuk jualan di malaysia melalui abe di...

Abe pun di bekalkan dengan beberapa buah video ayamnya ternyata pukilan begitu deras dan berat..malah peratusan keluar buah lebih banyak dan cepat

Abe di telah beli 2 ekor untuk buat percubaan dengan baka panus sebelumnya...bila abe di sparr hati abe di terus berkata ni ayam memang betul2 bangsa lebih tinggi kerana ayam abe di sebelum ni sparr bukan main meletop kaki bila sparr dengan ayam lain tapi bila dengan ayam ni , ayam abe di lebih suka "belanja" abe cuba juga dengan ayam yg lain ternyata ia berbicara sesama sendiri dlm bahasanya...

OLEH YG DEMIKIAN mulai bulan ini tiada lg ayam dari bankao farm chonburi abe di ambik ,kini abe di ambik dari farm yg baru ..abe di gelarkan the BIG GAME FARM

Maaf abe di takleh siarkan nama sbb dah banyak kali ada rakan yg tidak jujur menelefon atau berhubung melalui fb untuk cross line business abe di..

Biarlah nama abe di rahsiakan...yang penting barang bila beli sekali pelanggan dapat nilai apa itu ayam THE BIG GAME

Thursday, 26 February 2015

JUALAN ANAK REBAN RP1 SOLD OUT

SOLD OUT/DAH JUAL

Panus 100
Kod : RP-A1(gold class)
Anak benih sendiri 

Harga : RM750 ( termasuk pos semenanjung)

Ayam jenis teknik control lock 35% atas dan iq yang tinggi.
Pukulan rotan depan yg baik dan bisa, ada serong dan buah patah.
Dari kacukan keluarga panus 100% berbangsa tinggi dengan permainan ala pama namun ada jalan yg menarik..sebetulnya ayam ni berumur dalam lingkungan 7 bulan dan telahpun abe di sparring untuk melihat gaya dan pukulan kaki bagi menentukan gred nya..
Ayam masih muda dan body belum kembang sepenuhnya ,berat terkini 2.6kg dan di jangkakan mengikut rangka dan saiz ketinggian ,ayam ni boleh cecah 3.0-3.1kg berat yg paling ideal atau yang paling sesuai dengan ketinggiannya..
Kelebihan ayam ni mempunyai kekuatan pukulan dan bisa membuat gu mudah lemah..

Wednesday, 25 February 2015

ISU AYAM IMPORT

Assalam pada semua peminat ayam siam pokdek..kebelakangan ni jarang abe di post ayam baru untuk jualan import malaysia..sebenarnya demi untuk menjaga dan mengawal kawan2 dari menanggung rugi atau alah membeli...

Sebetulnya sekarang duit malaysia terlalu murah sehingga menampakkan perbezaan yg ketara sebagai contoh untuk tukaran mata wang di golok

RM1000 bersamaan 8100bath saja bermakna perbezaan rm190
Kalau dahulu rm1000 kita dapat dalam 9800bath hanya beza rm20..

Oleh hal yg demikian harga ayam kelas sebelum ni rm1500 akan meningkat kepada rm1700...

Dan ayam harga rm1300 akan meningkat kepada rm1500 tetapi dari segi faktor gred ianya adalah gred yg lebih rendah

Insyallah abe di rasa kerajaan malaysia sentiasa berusaha untuk pulihkan balik nilai matawang malaysia

Kalau ikut skala tukaran wang di online nampak tidak terlalu ketara namun hakikat sebenarnya ianya tidak seperti yg di pamerkan kerana caj yg di kenakan oleh "money changer" di golok terlalu tinggi kerana faktor kawasan bergolak dan kemudahan bank juga terhad...

Harap pada semua peminat lupakan sementara niat untuk belian ayam import kerana ianya merugikan anda semua..abe di bukan berniaga untuk kaya tetapi ingin menyambung budaya lama masyarakat melayu dulu kala..

Tidak semestinya kawan kawan yg beli ayam import hanya untuk masuk bon , ramai juga yang beli untuk buat baka dan jual sebagai pendapatan sampingan..abe di sokong kerana ianya juga pendapatan yang halal " seperti penjual pisau, penjual tidak tahu niat pembeli tu untuk memasak ayau membunuh" jadi tak perlulah kita usul niat pembeli tu..

Kepada rakan dari thai terutama sekitar selatan thai iaitu NARO,PTANI,GOLOK,YALA,SG.PADI,WEANG dan lain2 terima kasihlah kerana sudi hubungi abe di...abe di tahu masalah yg di hadapi pihak sana ,oleh itu abe di akan buat yg terbaik bg merealisasikan impian kita semua untuk mendapat ayam yang bajk biar tidak setaraf dengan bangkok tetapi sikit sebanyak kita akan memberi tentangan yang sengit untuk lawannya ...

Nasib dan kemungkinan tu sentiasa ada pada insan yg bernama manusia namun doa dan usha perlu sentiasa bersama..

Assalam semua..