Wednesday, 1 April 2015

PERTEMBUNGAN 2 GERGASI BANGKOK

5 april 2015 akan ada satu pertembungan sengit dalam arena bonkai di bangkok..dimana sebelum ni kedua gabungan persatuan atau pasukan ni telahpun berlawan yg sebelum ni abe kelaskan nama THE BIG GAME...pada game sebelum ini penaja pasukan NAGA EMAS bertemu penaja pasukan JERUNG menggunakan ayam yang sama... dan dalam perlawanan tersebut pihak JERUNG telah menang tipis hujung air sekaligus membawa kemenangan wang 6,600,000bath beserta trophy yg di hadiahkan oleh datuk bandar bangkok..

Mungkin di sebabkan rasa tidak puas hati dan juga perasaan ianya di ibaratkan menang nasib jadi pihak NAGA EMAS mencabar sekali lagi untuk game yg lebih besar nilai taruhannya menggunakan ayam yang sama..iaitu 8,100,000bath namun masih ada desus desas mengatakan bahawa ianya akan meningkat ke paras 14,000,000 bath

Pada permulaan ketetapan tarikh pada 1 april 2015 namun pihak JERUNG belum cukup penaja untuk menaja perlawanannya namun setelah berbincang dengan beberapa syarikat besar di bangkok ada satu penaja yg ingin di kenali sebagai ARNAB EMAS bersetuju menyahut perlawanan tersebut di mana tarikh di persetujui adalah 5/4/58 atau 5 april 2015 ...

Abe di jangkakan perlawanan ini agak menarik ..kalau di lihat dari latar belakang pemilik kedua belah pihak ini juga hebat2 belaka manakala ayam tersebut juga memang baik dan kaki bisa...

Keduanya dari keluarga Panus line yg di anggap sebagai pembawa tuah masing2..bagi peminat yg berada di sg.golok rasanya pasti berpeluang menyaksikan perlawanan ini secara lansung..manakala bagi peminat abe di insyallah sekiranya pihak member abe di di bangkok kirimkan video tu pada abe di pasti abe akan share kan pada rakan untuk turut sama melihat bagaiman ayam jutaan berlawan..

Cuma satu saja kezimpulan yg abe nak simpulkan di sini adalah " bila kaki sama bisa hanya baka penentu segala"...

Kalau di bangkok thailand ramai pembeli membeli ayam melalui baka  bukan rupa...manakala di tempat kita ramai yg beli rupa bukan bakanya...

Itulah sebab bila kita adu berat , kalau ayam baka dan bangsa rendah pasti terlahirlah taman di dalam hatinya...yg boleh membunuh kariernya...

" Nak bela ayam baik..biar dari baka yg baik bukan rupa yg baik...selalunya ayam baka yg baik mempunyai rupa yang baik....

No comments:

Post a Comment