Wednesday, 25 February 2015

ISU AYAM IMPORT

Assalam pada semua peminat ayam siam pokdek..kebelakangan ni jarang abe di post ayam baru untuk jualan import malaysia..sebenarnya demi untuk menjaga dan mengawal kawan2 dari menanggung rugi atau alah membeli...

Sebetulnya sekarang duit malaysia terlalu murah sehingga menampakkan perbezaan yg ketara sebagai contoh untuk tukaran mata wang di golok

RM1000 bersamaan 8100bath saja bermakna perbezaan rm190
Kalau dahulu rm1000 kita dapat dalam 9800bath hanya beza rm20..

Oleh hal yg demikian harga ayam kelas sebelum ni rm1500 akan meningkat kepada rm1700...

Dan ayam harga rm1300 akan meningkat kepada rm1500 tetapi dari segi faktor gred ianya adalah gred yg lebih rendah

Insyallah abe di rasa kerajaan malaysia sentiasa berusaha untuk pulihkan balik nilai matawang malaysia

Kalau ikut skala tukaran wang di online nampak tidak terlalu ketara namun hakikat sebenarnya ianya tidak seperti yg di pamerkan kerana caj yg di kenakan oleh "money changer" di golok terlalu tinggi kerana faktor kawasan bergolak dan kemudahan bank juga terhad...

Harap pada semua peminat lupakan sementara niat untuk belian ayam import kerana ianya merugikan anda semua..abe di bukan berniaga untuk kaya tetapi ingin menyambung budaya lama masyarakat melayu dulu kala..

Tidak semestinya kawan kawan yg beli ayam import hanya untuk masuk bon , ramai juga yang beli untuk buat baka dan jual sebagai pendapatan sampingan..abe di sokong kerana ianya juga pendapatan yang halal " seperti penjual pisau, penjual tidak tahu niat pembeli tu untuk memasak ayau membunuh" jadi tak perlulah kita usul niat pembeli tu..

Kepada rakan dari thai terutama sekitar selatan thai iaitu NARO,PTANI,GOLOK,YALA,SG.PADI,WEANG dan lain2 terima kasihlah kerana sudi hubungi abe di...abe di tahu masalah yg di hadapi pihak sana ,oleh itu abe di akan buat yg terbaik bg merealisasikan impian kita semua untuk mendapat ayam yang bajk biar tidak setaraf dengan bangkok tetapi sikit sebanyak kita akan memberi tentangan yang sengit untuk lawannya ...

Nasib dan kemungkinan tu sentiasa ada pada insan yg bernama manusia namun doa dan usha perlu sentiasa bersama..

Assalam semua..

No comments:

Post a Comment