Thursday, 26 February 2015

JUALAN ANAK REBAN RP1 SOLD OUT

SOLD OUT/DAH JUAL

Panus 100
Kod : RP-A1(gold class)
Anak benih sendiri 

Harga : RM750 ( termasuk pos semenanjung)

Ayam jenis teknik control lock 35% atas dan iq yang tinggi.
Pukulan rotan depan yg baik dan bisa, ada serong dan buah patah.
Dari kacukan keluarga panus 100% berbangsa tinggi dengan permainan ala pama namun ada jalan yg menarik..sebetulnya ayam ni berumur dalam lingkungan 7 bulan dan telahpun abe di sparring untuk melihat gaya dan pukulan kaki bagi menentukan gred nya..
Ayam masih muda dan body belum kembang sepenuhnya ,berat terkini 2.6kg dan di jangkakan mengikut rangka dan saiz ketinggian ,ayam ni boleh cecah 3.0-3.1kg berat yg paling ideal atau yang paling sesuai dengan ketinggiannya..
Kelebihan ayam ni mempunyai kekuatan pukulan dan bisa membuat gu mudah lemah..

Wednesday, 25 February 2015

ISU AYAM IMPORT

Assalam pada semua peminat ayam siam pokdek..kebelakangan ni jarang abe di post ayam baru untuk jualan import malaysia..sebenarnya demi untuk menjaga dan mengawal kawan2 dari menanggung rugi atau alah membeli...

Sebetulnya sekarang duit malaysia terlalu murah sehingga menampakkan perbezaan yg ketara sebagai contoh untuk tukaran mata wang di golok

RM1000 bersamaan 8100bath saja bermakna perbezaan rm190
Kalau dahulu rm1000 kita dapat dalam 9800bath hanya beza rm20..

Oleh hal yg demikian harga ayam kelas sebelum ni rm1500 akan meningkat kepada rm1700...

Dan ayam harga rm1300 akan meningkat kepada rm1500 tetapi dari segi faktor gred ianya adalah gred yg lebih rendah

Insyallah abe di rasa kerajaan malaysia sentiasa berusaha untuk pulihkan balik nilai matawang malaysia

Kalau ikut skala tukaran wang di online nampak tidak terlalu ketara namun hakikat sebenarnya ianya tidak seperti yg di pamerkan kerana caj yg di kenakan oleh "money changer" di golok terlalu tinggi kerana faktor kawasan bergolak dan kemudahan bank juga terhad...

Harap pada semua peminat lupakan sementara niat untuk belian ayam import kerana ianya merugikan anda semua..abe di bukan berniaga untuk kaya tetapi ingin menyambung budaya lama masyarakat melayu dulu kala..

Tidak semestinya kawan kawan yg beli ayam import hanya untuk masuk bon , ramai juga yang beli untuk buat baka dan jual sebagai pendapatan sampingan..abe di sokong kerana ianya juga pendapatan yang halal " seperti penjual pisau, penjual tidak tahu niat pembeli tu untuk memasak ayau membunuh" jadi tak perlulah kita usul niat pembeli tu..

Kepada rakan dari thai terutama sekitar selatan thai iaitu NARO,PTANI,GOLOK,YALA,SG.PADI,WEANG dan lain2 terima kasihlah kerana sudi hubungi abe di...abe di tahu masalah yg di hadapi pihak sana ,oleh itu abe di akan buat yg terbaik bg merealisasikan impian kita semua untuk mendapat ayam yang bajk biar tidak setaraf dengan bangkok tetapi sikit sebanyak kita akan memberi tentangan yang sengit untuk lawannya ...

Nasib dan kemungkinan tu sentiasa ada pada insan yg bernama manusia namun doa dan usha perlu sentiasa bersama..

Assalam semua..