Thursday, 25 September 2014

Vitamin terbaik dari bangkok

Assalam..kepada semua peminat blog abe di...hari ni abe nak cerita sedikit tentang vitamin yg mana telahpun abe guna dan terbukti terbaik...ianya juga telah di gunakan oleh beberapa farm terkemuka di bangkok bg memastikan ayam belaan dalam keadaan sangat baik,sihat dan keluaran kualiti benih yg terbaik

Bukannya abe nak berniaga ubat tetapi abe ingin berkongsi vitamin atau ubat yg baik untuk di gunakan pada ayam kesayangan sahabat semua

WIN POWER satu jenama yg tak asing lg di sekitar bangkok atau di farm besar juga di mulut fighter tersohor di bangkok..vitamin yg di asaskan oleh prof.dr sirichai kongnu yg juga dr haiwan yg di beri tanggungjawab oleh farm di bangkok bg memastikan ayam dalam keadaan sihat dan berkualiti

Setelah berulang kali abe berurusan dengan 3farm besar di bangkok dan juga telahpun berhubung dgn pengasas syarikat winpower ini maka dengan begitu terujanya abe di telahpun dilantik secara sah sebagai pengedar yg satu satunya  dan pertama skali di malaysia.
WINPOWER telah wujud di belakang tabir fighter besar di bangkok telah lama namun untuk mengadakan pertemuan berhubung kerjasama abe di dengan pengasasnya agak sukar kerana kesibukan tugasnya

ALHAMDULILLAH segala usha telah tercapai abe rasa sangat teruja untuk memperkenalkan produk ini di dalam malaysia..biarpun nama ini asing bg masyarakat kita namun abe harap semua peminat ayam boleh cuba dan lihat sendiri apa yg berlaku dengan ayam rakan semua setelah seminggu menggunakan produk ini...ianya meningkat seluruh tahap keupayaan ayam melebihi dari apa yg kita perolehi sebelum ini

Sekiranya kita telah mencuba banyak vitamin untuk ayam kita jadi abe nak suruh rakan semua mencuba winpower ni..

JENIS PRODUK: Win power pro dan super

SET BUNGKUSAN : 3 botol dalam setiap pek
2botol win pro merah dan 1 botol win power super biru

KEGUNAAN PRODUK :
WIN PRO merah di gunakan sebagai vitamin bg menyembuhkan luka dalam, retak tulang dalam,organ cedera,tidak hadam,cacing,bulu meluruh,penambahan benih,ayam galak,masalah angin dlm badan,resdung dan sebagai vitamin kesegaran juga ayam yg muka pucat akan merah dalam beberapa hari saja

Dalam masa 3hari selepas di beri rakan akan melihat sendiri perubahan ayam termasuk yg baru sparr teruk

WIN SUPER BIRU pula adalah sejenis vitamin peransang tenaga dan juga ketahanan..selalunya win super ini di beri sebelum berlawan atau sparr,semasa rehat dan setelah selesai berlawan...fungsi win super ini memberi tenaga tahap maxima pada ayam, agresif dan kaki menjadi lebih rajin juga yg paling penting skali ayam lebih fokus dalam perlawanan

KANDUNGAN BAHAN :
Didalam setiap ramuan produk ini tiada unsur sebarang bahan kimia atau steroid bermakna ayam kita tidak terdedah pada bahaya dan kita juga selaku pemilik juga tidak terdedah pada bahan kimia

Bahan yg digunakan dari buah buahan,ginseng, herba,tumbuhan penyembuh dan madu lebah

HARGA SETIAP PEK :

Di kedai agen bangkok harga setiap pek adalah 1300bath manakala di farm 1500bath

Di malaysia abe jual rm180 bermakna lebihan dari harga sana di kira upah kerana dalam proses untuk bawa turun ianya perlu di jaga bg memastikan ubat tidak rosak dan berkualiti kerana kalau ubat rosak ianya akan mendatangkan masalah buat ayam kita

Harga rm180
Untuk pos laju tambah rm20 seluruh semenanjung sahaja

Harga boleh di runding sekiranya belian melebihi 5set

Sunday, 21 September 2014

Sumber Import P.prakasit

Assalam...selamat pagi semua..rasa boring pulak pagi ni..biarlah di kesempatan ni abe nak upload gambar sebuah lagi farm tempat abe Di ambik ayam..kedudukan yg tidak jauh dengan farm bankao  memudahkan abe untuk bergerak...

Pt.prakasit adalah sebuah farm yg agak besar juga sama seperti bankao farm namun dari segi keluaran baka berbza..di bankao lebih banyak baka ayam super lock,  serong dan jalan manakala p.prakasit lebih kepada ayam pama iQ, pama sepak, pama panus dan pakoy.

Sama juga dengan sebuah lagi farm berdekatan iaitu CP farm kepunyaan mr.nong prannok ia menghasilkan keluaran lebih kepada ayam aseel,ganoi,saigon dan panus bermakna walaupun mereka semua berdekatan namun keluaran produk mereka berbeza dan slalu bertembung di arena bon bangkok..CP kebanyakkan ayamnya dilepaskan untuk eksport indonesia,burma,malaysia dan sekitar thai jadi rasanya lebih mudah untuk di bawa masuk kerena ia menyediakan perkhidmatan penghantaran dan mr.nong prannok juga fasih berbahasa english menjadikan ramai peminat ayam mengimport darinya..

Berbeza dengan bankao farm,suwit farm,p.prakasit dan champkaichon farm...mereka semua ni tak berepa fasih berbahasa english jadi sekiranya abe ingin berurusan terpaksalah menggunakan pembantu jurubahasa (adik abe) untuk komunikasi lebih jelas...

Dari segi kualiti keluaran kesemua farm ini berlawan antara satu dengan yg lain..ada yg menang dan ada yg kalah.. Kesemua farm ni terletak di sekitar bangkok. .p.prakasit farm ni kepunyaan pemilik yg masih muda namun kaya..pemilik nya bernama mr.Amm ni pernah beberapa kali menang di bon dengan betting yg tinggi iaitu jutaan bath dan itulah yg menyebabkan nama nya menjulang naik dan mendorong beliau untuk membuka farm hasil dari pembaka yg boleh dikatakan hebat itu..farm ini terletak di pracuap khiri khan bangkok Maklumat yg abe kongsi ini bukan untuk menggalakkan rakan ke arah melakukan perjudian atau sebarang unsur berkaitan cuma ingin berkongsi kisah rezki allah ni pelbagai cabang..sama seperti abe pun bawa turun ayam ni sekadar hobbi dan sekaligus memberi impak baru untuk meningkatkan lagi mutu ayam di malaysia..

Thursday, 18 September 2014

Tak kenal maka tak cinta

Itulah istilah yg patut abe di gambarkan pada peminat ayam yg belum pernah berurusan dengan abe...

Tapi bagi yg pernah berurusan mesti bertalis arus oder dgn abe..bukan setakat harga berpatutan katanya malah kualiti yg terbukti baik berbaloi dgn harga..

Itu kata mereka tapi bg abe ianya satu ayat yg memberi semangat dan kepuasan untuk abe di maklumlah kita bertungkus lumus cari farm di bangkok dan membuat ujian barulah beli dari farm tersebut

Abe bukanlah seorang kaki judi tapi sikap abe di jenis yg suka dapatkan yg terbaik walaupun untuk di bela..

Tiada abe nak di paparkan malam ni hanya kotak kotak ayam yg telah di bawa masuk dari thai dan sebahagian darinya telahpun abe bg pada kengkawan..

Biar kotak biasa asalkan isinya bukan yg biasa
Manakala tiada guna kotak kayu kalau isinya hanya sebuah boneka malap...

Terima kasih pada yg beli ayam dgn abe di..

Tuesday, 16 September 2014

IMPORT KOD :H2,H4,H6,H9 SOLD OUT

Assalam..pada semua peminat ayam siampokdek..memandangkan permintaan baka import terlalu tinggi dengan pelbagai tujuan dan kehendak, Abe Di terpaksa akur dengan permintaan demi menjaga pelangan dan peminat ayam import abe Di..

Untuk makluman semua kesemua ayam batch kod H  kali ni adalah dari 3 buah faram yg biasa abe ambik..setakat ni result prestasi yg cemerlang jadi abe belum terfikir untuk tukar dan berpindah pada farm lain

KOD H1,H2,H3,H4,H5,H6,H7,H8

jadi siapa cepat dia dapat abe tak boleh simpan sebab kesemuannya perlu di jual dengan cepat

Ayam masih di bangkok dan akan turun dalam waktu terdekat slalunya dalam 4hari selepas bayaran di buat

Jaminan ayam sihat dan berkualiti,  sekiranya ada kes mati atau sakit, pihak farm akan menukar dengan ayam lain

Hubungi ABE DI 0102257440
Untuk melihat video secara live
Boleh request friend FACEBOOK
nama facebook "Abe Di "

Tuesday, 9 September 2014

Import bangkok kod G7-G15 SOLD OUT

Salam san selamat sejahtera kepada peminat blog ayam siam pokdek...abe di masukkan beberapa gambar lg ayam import yg akan masuk ke malaysia dalam waktu yg terdekat..

Setakatni kesemuanya telahpun di jual sebelum abe bawa dalam blog lg..abe di postkan di facebook terus on sale

Skarang abe di rasa dah ramai peminat telah mencuba baka dari farm bankao bangkok..boleh di katakan 90% keseluruhannya berpuas hati dengan prestasi dan perform ayam tu..

Dan abe di pun rasanya akan stop atau hentikan kemasukkan ayam import selepas ni. .mungkin ini yg terakhir kerana abe di tak mahu ambil risiko banjir

Terima kasih semua..dan baka anak import akan menyusul selepas nin