Saturday, 31 May 2014

Open sale gen new chiang rai SOLD OUT ALL

Assalam. .disini abe nak buka jualan untuk anak generasi baru bg baka kap koy chiang rai dan bangkok gon...anak umur 2.5bulan hingga 7bulan..berminat buleh hubungi abe 0102257440..stock terhad..hanya yg terpilih..

Thursday, 15 May 2014

Pembaka bangsa tinggi

Assalam sebelum abe nok open sale anok di reban pada hujung bulan ni tlebih dahulu abe nak crita sedikit tentang pembaka baru ini...

Ayam baka pama cross saigon ini adalah dari keturunan berbangsa tinggi di farm bankao di bangkok..pada hujung tahun lepas ayam ni menjuarai perlawanan dengan kemenangan bergaya 1 air 9minit di bon karabao bangkok..rasanya itulah perlawanan terakhir dia..memandangkan usia pun dah lanjut..

Ayam berumur hampir 2bulu lebih ini telah membuahkan baka yg banyak di farm ini,dan saya meminta dengan mr.Ann untuk mengambil ayam ni untuk di jadikan pembaka keranabkalau nak beli pasti mahal harga nya sbb dio pun telah 3x menang di arena besar di lampurn dan bangkok..

Oleh yg demikian abe hanya mampu untuk pajak saja bapok ni selama 1 tahun stengah untuk di jadikan pembaka..selepas itu abe akan pulangkan balik..

Manakala wang pajakan hanya di bayar separuh saja..harga pajakan ayam ni agak mahal

Alang alang buat balik bapok ni abe selitkan skali 2 ekor gundit dan seekor anak muda yg juga berbangsa tinggi

Di sini abe nok bgtau, nak main ayam kalau taknak keluar modal baik tok payoh main...abe sdiri pun keluarkan modal yang besar untuk mendapatkan hasil yg terbaik untuk kawan semua...

""JANGAN LUPA JUALAN HUJUNG BULAN INI...STOK ADALAH TERHAD..""

DIHARAP SAIN SAHABAT SEMUA BOLEH ELAKKAN DIRI DARI JUDI..KITA JADIKAN HOBI INI SEBAGAI SUKAN DI MASA LAPANG..HEHEH

Friday, 9 May 2014

Kongsi pengalaman

Assalam..pado semua sahabat di sini abe nok kongsi sedikit pengalaman hidup dalam arena ayam ni..hahaha..mungkin ramai sahabat kita bela ayam baik atau sabung tapi tok pernah jijak di mana mana bon di thai..

Kalau ingin pergi berjudi abe di tok galakan lah tapi kalau stakat ingin melihat dan mendalami sesuatu ilmu atau timba pengalaman itu tidak salah...di golok bon sana biasa saja jadi takde semangat sangat nak upload gambar,jadi di kesempatan ini abe di nok kongsi gambar bon yg tersohor di sekitar di chiangmai dan bangkok...

Bon karabau biasa kita boleh tengok dilantai bon tu ado gambar kepala kerbau. .dalam youtube banyak sangat...kebanyakan perlawanan yang di adakan di sana adalah kelas betting yg tinggi kerana sewa bon pun dah tinggi..kos sewa bon akan di bayar oleh kedua pemilik ayam..disinilahtempat puak2 breeding akan mengintai ayam yg hebat untuk di beli benih dan di biakkan di reban masing2

Selain di sana terdapat sebuah lagi bon besar di sekitar pinggir  bangkok dalam 2 jam lebih perjalanan menggunakan kereta..ianya terletak di lampurn di chiang mai
Ia juga bon untuk arena besar selain bon karabao..selalunya di bon inilah seluruh warga bangkok yg mempunyai ayam yg hebat berlawan di sini..pada mulanya ia akan berlawan di sekitar kawasan masing2 dan yg menang akan mencuba nasib di sini untuk naik ke tingkat yg lebih besar

Di bon ini jugalah tempat para jutawan ayam akan memerhati ayam yg hebat untuk di bawa berlawan di bon karabau..disini jugalah ambo  mengintai baka yg hebat untuk di perturunkan anak di reban ambo...ayam di bangkok tidak semahal ayam di patanni atau surathani atau narathiwat atau sekitarnya. .kerana kebanyakkan kalau ayam bila sebut dari atas akan mengambil ayam di sini dan di jual semula di kawasan masing2 dengan harga yg labih mahal..

Kebanyakkan peminat ayam dah tahu, ayam yg masuk dalam bon ni bukan calang2 kebanyakkannya telah menjadi juara di kawasan kg masing2...

Oleh yg demikian abe harap kalau ada yg melancong ke bangkok jgn lupa jadikan tempat ni sebagai tempat pelancongan jugok untuk timba ilmu..

Seronok rasanya..waktu yg terluang bila di rumah boleh kita penuhkan dengan menggosok ayam,bg makan atau adu sesama kawan untuk sama bergelak macam atuk kita dulu..daripada habiskan waktu buat kerja tak berfaedah dan merugikan masa..

Wednesday, 7 May 2014

Kerana nila setitik habis susu sebelanga

Assalam pado sahabat semua..di sini abe nak ingatkan pada semua yg nak beli ayam di reban pokdek agar time nak membeli jangan bgtau apa saja tujuan yg tak elok pado abe di,kalau abe di tahu sahabat beli nak buat berjudi atau apa saja yg boleh memberi kesan pado abe di kemudian hari pasti abe di tak akan jual pada sahabat tersebut..Maklumlah skarang ni banyok nampak geng2 bjudi ayam nak himpit abe di tapi abe berpegang pada yg satu saja..abe di tak akan bersekongkol dengan taik judi nih...

abe nak biar hobi kita ni boleh hilangkan stress kita atau boleh menguntungkan kita dalam jangkamasa panjang...skurangnya bila kita bela ayam baik, adu pun baik jadi bolehlah buat baka pula jual anak pulak untuk kawan2 yg lain..dengan berjudi bukannya boleh 'kaya" malah tak berkat  kalau stakat nak suka atau nak julang nama dengan adu saja pun dah cukup...

"JANGAN BGTAU ABE NIAT ATAU TUJUAN BELI AYAM DARI REBAN NI" abe jual untuk cari rezki yg halal dan berkat..

Manalah tahu satu masa nanti kat MALAYSIA ni akan bg kelonggaran kepada penggemar untuk luluskan sukan COCK BOXING dalam bentuk permainan yg tiada unsur judi hanya kiraan mata seperti tinju manusia lah...abe tengok tinju pun samo berdarah jugak ada sampai pengsan tapi tak salah...

Cuma kalau ayam berlaga hujung sambung atau hujung ori yg boleh menyebabkan ayam mati dengan cepat tu abe sendiri pun tok sokong sbb rasa kesian dengan ayam tuh..

AYAM BATANG KAKI terutama skali jarang yg mati cuma pengsan memang banyok..mungkin kalau di jadikan sukan kiraan mata membolehkan permainan lebih profesional dan selamat...

Sambil2 dok bercerita ni abe nok selit beberapao gambar ayam2 abe di hok telah di jual..dan mungkin dah jadi penghulu reban di seluruh semenanjung malaysia ni...

Stakat ni abe rasa semua rakan2 abe yg beli ayam  ni bukan taik judi tapi lebih kepada hobi di masa lapang..

"BILA KITA ADA AYAM YG BAIK, KITA AKAN RASA BERTENAGA BILA MEMBELAINYA DAN LEBIH SEMANGAT BILA TENGOK IA BERLAWAN.."tidak semestinya kita perlu berjudi untuk dapatkan aura nya kerano ayam yg 2x menang di bon bangkok pon pernah kalah dengan ayam yg abe hasilkan di reban buruk nih..

Kalau kita sayangkan hobi kita jangan libatkan diri kita dengan judi,nak berjudi sangat pergi ke thai. ..jangan di sebabkan "nila setitik habis susu sebelanga"

Abe bersuara bukan untuk reban abe sajo malah reban kawan kita yg lain pun,takut juga tok pasal2 kena tangkap sebab subahat dengan taik judi, stakat denda tu isyallah kita boleh bayar tapi hukum Allah di akhirat tuh yg tak mampu nak bayar...

Samo samolah kita bersihkan hobi kita dari segala gerak kerja yang berkaitan judi...