Wednesday 16 April 2014

Induk import baru

Assalam..dalam waktu yang berlau agak pantas di celah celah kekusutan masa yang yg bersimpul dengan kerja sempat juga abe selitkan sedikit cerita tentang ibu induk yg abe di ambik di bangkok bersama dengan pembaka pondan magon haritu...Induk ini adalah induk yg boleh dikatakan pemilik farm ni sayang..sebab apa ambo kata dia sayang induk ni? Sbb induk ni dilepaskan untuk di perturunkan dengan jantan2 juara di farm beliau..umur induk ni dah 2 tahun dan dah 2 ekor anok jantannya telah membuahkan hasil di bon bangkok..

bukan ambo nak mengajak kawan semua untuk masuk bon dan berjudi ayam, tapi ingin menceritakan alitan atau blood line darah ibu ni adalah dari keturunan bangsa yang tinggi dan di iktiraf oleh pengusaha farm di bangkok ini...ambo pergi beli pembaka jantan di sana dan terpandang cinta ke sepuluh ambo pada sang induk ni yang di letakkan untuk proses bakaan dengan pembaka jalak yang telah menang 3x di bon besar bangkok..iaitu di ranchaburi..

bila ambo tengok terus bertanyabpada owner dan beliau kata bahawa induk tu baik dan hasil bakanya menjadi..ambo tanya nak jual ke mr thong bgtau tak jual sbb tengah turun baka..ambo bgtau lagi bahawa ambo berkenan sangat dengan induk ni dan berharap dapat bawa balik untuk di buat baka,namun dia menolak namun abe ipar ambo ni berpengaruh di sana sbb adik owner ni ada membekalkan bahan binaan kepada projeknya di kuala lumpur..jadi atas dasar ingin berkawan dan harap baka nya tidak bertembung di bangkok jadi dia melepaskan induk ini dengan harga seperti sebuah motosikal ex5 baru...

ambo sangat suka hati dan apabila balik ambo telahpun meletakkan induk ini bersam pembaka pondan mahon bangkok ambo..dan kini setelah sebulan induk ini telahpun bertelur...Harapan ambo semoga semua telurnya selamat menetas dan hasilnya membiak di reban ambo...insyallah ada anak esok kia kongsi bersama untuk di bela dan menjadi ketua menjaga halaman rumah kita. ..

No comments:

Post a Comment