Wednesday, 30 April 2014

Induk dari farm bangkok

Assalam pada semua kawan2 abe di,hari ni nak cerita sedikit tentang induk yang baru saja di ambik dari chonburi bangkok...kalau ada istilah org kita cakap "org siam tak akan bagi induk yg baik "itu satu persepsi yg silap...kerana siam dulu tok macam siam yg lebih open dan maju dalam persaingan..bila kita ke bangkok atau ke farm thai jangan kita nok tunjuk kita ada ilmu ayam yg tinggi,usahkan induk anak ayam pun dio tok bagi.Tapi bila kita pergi dengan rasa hormat dan semangat untuk berkawan insyallah dia akan bagi yg terbaik...bukan niat abe untuk jadikan anak ayam yg abe pesum ni sebagai petarung untuk perjudian tapi untuk jadikan pembaka atau penghulu reban yg kuat dan layak di beri gelaran tok ngulu kawasan rumah...haha..

Di sini abe uploadkan sedikit gambar farm di bangkok ini sebagai tatapan sain semua..Farm ini terletak 21km dari bandar bangkok dan telah beroperasi dari tahun 1985 lagi..banyak juga ayam dari farm ni memegang gelaran juara di bon ranchaburi bangkok ini..sambil abe perhi ke bangkok untuk menguruskan kerja terlintas juga untuk mencari induk yg terbaik bagi menghasilkan gen seterusnya yg lebih berkualiti..5 ekor induk terpilih telah saya pilih di mana 3 dari induk tersebut di buat induk pembaka di sana yg mana sedang di pesumkan dengan bapak yg pernah 4x menjuarai perlawanan dengan betting yg tinggi melebihi rm55k...

kalau sebelum ni ambo pernah minta untuk membelinya namun pemilik tidak bagi, tapi kali ini saya bawa rakan kepada pemilik farm untuk berinteraksi secara lebih rapat..alhamdulillah anaknya iaitu Anuruut dan viwving telah memberi peluang kepada saya untuk mencuba induk dari rebannya...setelah hampir 4jam saya di sana akhirnya saya pulang dengan 5 ekor induk dan seekor lagi pembaka akan saya bawa dalam waktu terdekat..

Wednesday, 16 April 2014

Induk import baru

Assalam..dalam waktu yang berlau agak pantas di celah celah kekusutan masa yang yg bersimpul dengan kerja sempat juga abe selitkan sedikit cerita tentang ibu induk yg abe di ambik di bangkok bersama dengan pembaka pondan magon haritu...Induk ini adalah induk yg boleh dikatakan pemilik farm ni sayang..sebab apa ambo kata dia sayang induk ni? Sbb induk ni dilepaskan untuk di perturunkan dengan jantan2 juara di farm beliau..umur induk ni dah 2 tahun dan dah 2 ekor anok jantannya telah membuahkan hasil di bon bangkok..

bukan ambo nak mengajak kawan semua untuk masuk bon dan berjudi ayam, tapi ingin menceritakan alitan atau blood line darah ibu ni adalah dari keturunan bangsa yang tinggi dan di iktiraf oleh pengusaha farm di bangkok ini...ambo pergi beli pembaka jantan di sana dan terpandang cinta ke sepuluh ambo pada sang induk ni yang di letakkan untuk proses bakaan dengan pembaka jalak yang telah menang 3x di bon besar bangkok..iaitu di ranchaburi..

bila ambo tengok terus bertanyabpada owner dan beliau kata bahawa induk tu baik dan hasil bakanya menjadi..ambo tanya nak jual ke mr thong bgtau tak jual sbb tengah turun baka..ambo bgtau lagi bahawa ambo berkenan sangat dengan induk ni dan berharap dapat bawa balik untuk di buat baka,namun dia menolak namun abe ipar ambo ni berpengaruh di sana sbb adik owner ni ada membekalkan bahan binaan kepada projeknya di kuala lumpur..jadi atas dasar ingin berkawan dan harap baka nya tidak bertembung di bangkok jadi dia melepaskan induk ini dengan harga seperti sebuah motosikal ex5 baru...

ambo sangat suka hati dan apabila balik ambo telahpun meletakkan induk ini bersam pembaka pondan mahon bangkok ambo..dan kini setelah sebulan induk ini telahpun bertelur...Harapan ambo semoga semua telurnya selamat menetas dan hasilnya membiak di reban ambo...insyallah ada anak esok kia kongsi bersama untuk di bela dan menjadi ketua menjaga halaman rumah kita. ..

Thursday, 3 April 2014

LEUNG HAY KHAU

Assalam..malam ni abe di nak cerita sikit pasal ayam cantik..di thai ayam laga ni atau kaichon ni bukan sahaja di buat laga malah ada juga pertandingan AYAM RATU...Bila sentuh bab ayam ratu, abe tertarik dengan sebuah kisah raja dulu yg di ceritakan oleh peminat ayam terdahulu,  dimana di adakan pertandingan ayam yg paling cantik.. pemenang ini akan mendapat hadiah yang lumayan..jadi ramai orang yg bela ayam sabung ni membuat kacukan untuk mendapat bulu atau roma yang terbaik..setelah di buat pemilihan, juara pertandingan jatuh kepada seorang pemenang yg juga seorang pekebun atau pesawah yg mempunyai roma ayam yg berlainan dan amat sukar untuk di perolehi...iaitu LEUNG HAY KHAU iaitu ayam berekor putih dan berbadan kuning..ataupun dalam bahasa english yellow body white tail..speking pulok doh...

sehingga kini ayam ni tetap gah dan di anugerah baka roma paling mahal sekali di thailand..Buat masa skarang ianya juga agak sukar kita perolehi kalau adapun mungkin org itu beli dari rebannya di bangkok..ianya bukan roma terhasil sendiri tapi kacukan asal yg di pelihara turun temurun untuk memastikan roma ini kekal dan tidak lari dari patern roma asal...

Abe pernah berbual dengan pemilik keturunan baka ini yg masih kekal ada di bangkok melalui fb dan fb meseger..harga untuk ayam yg matang baka LHK adalah rm3000 paling murah dan kurang lengkap kecantikkannya sekiranya ayam tersebut pernah memenangi pertandingan ianya boleh mencecah harga sehingga rm50,000...huish mahal betul..manakala anak kecil berusia 4-5bulan harga yang paling murah rm1000..

Ini adalah harga direct ladang sekiranya melalui org tengah harganya bertambah sekaliganda..

sekiranya kita pergi ambil anak disana kos untuk keseluruhan mungkin mencecah rm3000 untuk seekor anak kecil.. keseluruhan kos termasuk tambang,hotel dan makan..kalau nak suruh dia post rasa tak puas hati dengan apa yang dio pilih..kalau pos pun tiada jaminan keselamatan..huisshh berat..

Insyallah kalau di murahkan rezki baka leung hay khau (LHK)akan sampai di tempat abe di ni..biarlah tiada org beli sbb mahal anak abe jual tapi hati abe akan rasa puashati kerana abe mampu memiliki ayam ratu terbaik dari thailand untuk peliharaan..

Ayam ni bukan untuk aduan tapi untuk melihat kecantikan ciptaan Allah untuk manusia menghargai kebesarannya..

Wednesday, 2 April 2014

Ubat-ubatan ayam

Ni adalah sebahagian ubat ubatan yang selalu di gunakan oleh penggemar ayam sabung di thai..tidak di nafikan juga,di malaysia pun ianya telah menular sedikit sebanyak..dalam penggunaan ubat ni ada baik dan ada buruknya..sebagai contoh untuk multivitamin ayam,di thai memang banyak jenis multivitamin ada, tapi bila di tanya beberapa org pengusaha farm ayam disana, ia kata vitamin boleh di berikan namun untuk seminggu sekali atau 2x...ia lebih suka bergantung pada habitat asal ayam iaitu dengan memakan rumput,ulat 2 dalam tanah,buahan segar dan daun juga kulit pokok mati....vitamin juga boleh merbahayakan ayam sekiranya di beri setiap hari tanpa ada senaman ataupun berkurung..banyak masalah akan timbul..paling popular masalah sendi lutut..

Sama juga supplement untuk tambah benih ayam,memang tak di nafikan di thai ada juga pengusaha farm pakai ubatan atau vitamin kesuburan untuk meningkatkan produk hasil,tapi bagi ambo biarlah ayam tu keluarkan hasil dan bakanya dengan 100% sebatian benih bermutu bukan paksaan..ubat kesuburan ayam ni kebanyakan di berikan pada ayam telur yg tidak mementingkan baka,darah keturunan teknik ataupun naluri (hati)pembaka...malah ianya juga boleh melumpuhkan anak yg keluar akan jadi lembik,size telur terlalu besar dan kadang ada yg kembar jadi berbaliklah pada pusingan hidup normal ayam jangan di paksa..

Ada juga di thai ubat untuk menguatkan ayam sabung..ubat tu memang akan buat ayam bertenaga di luar kemampuan. ..di thai ayam akan mula di cuci seawal umur 8/9bulan lagi dan berbagai lagi aktiviti harian ayam tersebut di rencanakan bertujuan untuk menguatkan otot dan mengasah bakat ayam tersebut...tidak hairan lah ubat itu boleh membantu ayam tersebut mendapat tenaga yg optimun dan setiap perlawanan atau aduan yg di tempuh..berlainan di malaysia..ayam selalunya di cuci apabila nak masuk bon atau bila dah nampak matang..cuci  3x-5x seminggu selama 3bulan atau sehingga sampai tarikh aduan..lepas tu bg makan ubat kuat tu kadang ayam jadi hilang jalan,kaki mati, terlampau agresif sehingga hilang kosentrasi...

Berlainan pula dengan vaksin,anti virus, ubat demam selsema,ubat puru atau resdung,ubat kaki bengkak, minyak urut dan banyak lagi..ubat -ubat ini perlu ada bg penyediaan sekiranya ada wabak menyerang atau terkena penyakit tersebut..

Ubatan tradisional lama masih juga boleh di gunakan sekiranya ubatan ini susah untuk kita cari seperti contoh kunyit,halia,lalat,gambir,sireh,kapur makan,batang wali,air kelapa,air beras, batu kiwi,keladi buncis,kulit telur,kulit kerang,daging kambing,madu,bawang merah,bawang putih,serai wangi,minyak tanah dan banyak lagi.

Kesimpulan yg ambo boleh buat di sini adalah vitamin moden dan ubatan moden boleh di gunakan namun dengan cara yg betul.. ubatan tradisional pun sama kena guna cara yang betul bagi mendapatkan kesan yg baik dan tahan lebih lama..aii macam iklan ubat pulok..

Apapun sahabat bolehlah bertanya pada otai otai lain yg berhampiran kerana mungkin ada benda2 lain yg saya tidak masukkan di sini yg lebih baik..

Nanti kita bincang pasal ubat ubatan pulok..assalam..